Thursday, 26 March 2020

Seramai 215 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini



Seramai 251 pesakit COVID-19 di negara ini pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat 12 tengahari pada 26 Mac 2020.

Ini termasuk 16 lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj.

Tahniah👍 dan terima kasih 🙏kepada anggota kesihatan KKM. Teruskan berjuang! Kami doakan keselamatan anda dan ahli keluarga.



Sehingga 26 Mac 2020 jam 12 tengahari, terdapat 235 kes baru dilaporkan. Tambahan kes baru ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,031.

60 daripada kes baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Baki 175 kes masih dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan kluster lain.

45 kes positif sedang dirawat di ICU. 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan #COVDI19, menjadikan kes keseluruhan kematian sebanyak 23 kes.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xq83R4
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UBFd8m
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment