PELAKSANAAN perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negara dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran COVID-19 menyaksikan pelbagai gelagat dan reaksi rakyat yang masih berdegil dengan arahan itu.
Selain memberikan alasan yang tidak masuk akal, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.
Di United Kingdom (UK), seorang pemandu lelaki ditahan setelah melanggar arahan sekatan perjalanan dengan alasan mengambil barang pembelian berupa tingkap berharga £15 (kira-kira RM80) secara dalam talian.
Namun apa yang memeranjatkan anggota polis apabila mendapati isteri pemandu itu berada di dalam but kereta.
Menurut makluman polis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian.
“Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.
Lelaki itu dilapor disaman kerana melanggar arahan kerajaan dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel).
United Kingdom melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di negara itu.
Rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/2JyFunb
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bDAlGE
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment