Friday 27 March 2020

Pemandu e-hailing Terima Bantuan RM500 Secara One-Off


PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing sepenuh masa membabitkan peruntukan sebanyak RM60 juta.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini kerana pendapatan harian e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini, hari ini.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/39jXCM3
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33VeYhl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment