Thursday 26 March 2020

Agong Titah Pelaksanaan Solat Hajat Serentak Di Seluruh Negara Di Rumah Masing-Masing


PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA

1. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 26 Mac 2020 telah menitahkan kepada saya agar memberikan cadangan untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

2. Berdasarkan taakulan saya - dengan ilham daripada-Nya - , tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.


3. Renungkanlah firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)

4. Maka, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)


Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri


from Sehinggit Media https://ift.tt/33JRHPq
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2QLyEia
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment