Tuesday, 31 March 2020

COVID-19: Jokowi Isytihar Darurat Kecemasan Kesihatan Di Seluruh Indonesia


JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menetapkan Indonesia kini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan, dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang kini mengorbankan 136 nyawa di negara itu.

Menerusi penetapan status itu, Presiden Jokowi memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat bagi menangani penularan virus tersebut.

"Kita harus belajar pengalaman negara lain (dalam menangani COVID-19) tetapi tidak meniru sebegitu saja (bulat-bulat sahaja).

"Setiap negara ada ciri-ciri khas masing-masing, keluasan wilayah, jumlah penduduk, kedisiplinan, kondisi geografi, budaya, perekonomi budaya, keekonomian masyarakat, kemampuan fiskal dan lain-lain yang perlu diambil kira," katanya di Istana Presiden Bogor yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan.

Sejak kebelakangan ini, ramai pihak terdiri daripada kalangan pemimpin politik, pemerintah provinsi, akademik, aktivis masyarakat dan netizen mendesak pemerintah pusat menguatkuasakan sekatan keluar masuk atau perintah kawalan pergerakan antara wilayah bagi mengekang penularan virus itu.


Pemerintah Indonesia kini meningkatkan lagi penyampaian maklumat dan kempen jarakan sosial, penjagaan kebersihan dan kesihatan, dalam meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersama-sama membendung penularan virus itu.

Sejak 16 Mac lepas, pemerintah juga menetapkan peraturan berperingkat-peringkat seperti menutup sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan, larangan pelawat asing memasuki negara itu dan melarang warga negaranya keluar negeri, serta peraturan bekerja dari rumah bagi sektor-sektor tidak kritikal.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata 14 lagi kematian dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 14 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 136 kes, manakala kes positif kini berjumlah 1,528 kes," katanya. -- BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UU8zig
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wTgAMp
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment