Tuesday, 31 March 2020

Keputusan Terburu-Buru Perdana Menteri Umumkan 'Lockdown' Cetuskan Panik Dalam Masyarakat Miskin Di India


Keputusan Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah ‘lockdown’ selama 21 hari pada 25 Mac lepas telah memberikan kesan yang sangat besar kepada golongan masyarakat miskin di sana. Ramai daripada mereka yang mencari upah harian kini hilang mata pencarian dan lebih teruk lagi hilang tempat berteduh.

Keadaan ini telah menyebabkan mereka berjalan kaki sejauh beratus kilometer untuk kembali ke kampung halaman. Beribu-ribu pekerja buruh terpaksa berjalan kaki untuk keluar daripada New Delhi selepas perintah ‘lockdown’ diumumkan oleh Perdana Menteri.

Jaya Kumari yang bekerja sebagai tukang masak dan tukang cuci di kawasan perumahan New Delhi kehilangan kerjanya selepas perintah tersebut diumumkan. Keluarga majikannya bertindak meninggalkan bandar tersebut dan kembali ke kampung halaman.

Tinggal lah dia dan suaminya, yang bekerja sebagai pemandu teksi terperangkap di New Delhi tanpa sebarang pendapatan. Dengan perintah ‘lockdown’ yang dikenakan, tiada sebarang kerja dan sumber untuk mendapatkan wang lagi buat pasangan ini dan beribu lagi mereka yang lain.

“Kami akan gunakan apa yang ada setakat yang kami simpan sedikit ini untuk terus hidup. Apa jadi selepas ini, kami serahkan kepada Tuhan.”


Keputusan Narendra Modi mengumumkan perintah ‘lockdown’ dilihat sebagai langkah terburu-buru oleh ratusan juta rakyat India yang hanya mempunyai empat jam untuk melakukan persediaan. Tambahan pula, beliau melarang semua rakyat untuk keluar rumah bagi tempoh 21 hari ini atau akan dijangkiti virus dan kenyataan ini terus menimbulkan panik pada rakyat.


Perintah ini juga membuatkan ribuan pekerja asing dan pekerja buruh dari bandar kembali ke kampung pedalaman mereka memandangkan mereka sudah tiada wang untuk menyewa dan makan. Pengangkutan awam penuh sesak dengan mereka yang berpusu-pusu ingin keluar dari bandar itu.

Mereka yang tidak mempunyai wang akan berjalan kaki sejauh beratus kilometer hingga mengambil masa beberapa hari untuk sampai.

Kesesakan di stesen pengangkutan awam telah menimbulkan isu penyebaran virus yang lebih pantas apabila orang ramai telah berkumpul di sana. Kesilapan Perdana Menteri mencetuskan panik di dalam ucapannya sebelum itu menambahkan kesukaran untuk membendung penularan wabak ini.

Oommen C. Kurian, Ketua Kesihatan di Observer Research Foundation berkata masalah komunikasi daripada pimpinan atasan dan mesej yang telah bercampur-campur membuatkan orang ramai terdorong membuat keputusan dengan terburu-buru.


Kepulangan mereka ke kawasan pedalaman akan menambahkan lagi masalah kerana tiada bantuan perubatan yang kukuh di sana tidak seperti di bandar.

Kebanyakan pakar bersetuju perintah ‘lockdown’ adalah sesuatu yang wajar pada situasi terkini di India. Namun, penyampaian mesej yang terburu-buru dan tidak jelas memburukkan keadaan kerana tidak berjaya menenangkan rakyat yang panik.

Di dalam satu kenyataan lain, Narendra Modi telah melakukan permohonan maaf kepada rakyat India di atas keputusan drastik yang terpaksa diambilnya. Dia juga sedar kelompok yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin yang kini terperangkap di bandar.

Perang dengan wabak ini sukar dan memerlukan keputusan yang drastik. Saya minta maaf kerana mengambil langkah-langkah drastik yang telah menyebabkan kesusahan dalam hidup anda, terutama golongan miskin. Tetapi tindakan drastik perlu di ambil bagi memenangi perang ini.


Bagi membantu rakyat yang terjejas, Modi turut mengumumkan bantuan pelan rangsangan ekonomi bernilai $ 22.6 bilion untuk membantu rakyat India yang terkesan terutamanya dari golongan miskin. Buat masa ini, keadaan ekonomi di India tidak berada dalam keadaan yang baik dan keadaan kini semakin tertekan untuk negara dengan jumlah penduduk yang ramai.

Sumber: aljazeera via https://amazingnara.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dKaPBy
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2w3ZOtL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment