Wednesday 25 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020 - PM


Memetik perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Menurut Perdana Menteri, sehingga kini sudah 95 peratus rakyat mematuhi perintah yang telah berkuatkuasa sebelum ini. Ia dapat dilihat daripada jalan raya yang lengang, pusat-pusat membeli belah ditutup, pusat-pusat rekreasi awam juga lengang dan ramai yang telah mematuhi nasihat duduk diam-diam di rumah.


Dalam masa seminggu, jumlah kes positif COVID-19 telah meningkat sekali ganda dan kematian angkara COVID-19 ini juga meningkat kepada 19 kes setakat ini.

Pengumuman pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ini juga telah diumumkan lebih awal supaya orang ramai lebih bersedia.



Sumber: https://era.je


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UAwQKb
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dsndpB
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment