Wednesday 25 March 2020

Dijangka 6000 Kes Positif COVID-19 Pertengahan April?


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan cuba sebaik mungkin untuk tidak mencapai sasaran 6,000 kes positif koronavirus baharu (Covid-19) yang dijangka berlaku pada pertengahan April depan, sebagaimana dilaporkan JP Morgan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, jika dilihat jangkaan nota penyelidikan JP Morgan, pertengahan April depan mungkin berlaku peningkatan cecah 6,000 kes.

“Tetapi kita akan melaksanakan aktiviti kesihatan awam termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Melalui PKP ini, kita akan mengesan dan memastikan kes positif diasingkan serta diberi rawatan,” katanya dalam sidang media hari ini.


Menurutnya, pihaknya mengharapkan dengan tindakan itu, Malaysia tidak mencapai angka 6,000 kes.

“Kita akan cuba melandaikan graf, kalau kita berjaya bermakna perkhidmatan kesihatan kita dapat menampung kes berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, JP Morgan menyatakan kebimbangan mengenai wabak itu yang memasuki peringkat peningkatan di Malaysia berdasarkan jumlah jangkitan yang meningkat baru-baru ini dan yakin fasa itu akan merosot dalam tempoh 1.5 hingga dua minggu sebelum peringkat akumulasi, apabila kadar pertumbuhan jangkitan secara keseluruhan mempunyai potensi untuk perlahan kepada 100 hingga 250 hari demi hari.

Nisbah kadar kematian di Malaysia juga rendah pada 0.77 berbanding purata di peringkat global sebanyak 4.4 peratus sambil menambah di peringkat ini, dilihat risiko kematian di negara ini dapat diuruskan dengan perkembangan kes yang sederhana.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WGmWcE
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33Ljij7
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment