Wednesday 25 March 2020

TERKINI: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April


KERAJAAN memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.

Katanya, beliau diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara yang memaklumkan trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

"Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.


"(Jadi) Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

"Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka sehingga sekarang.

“Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak mengurusnya," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, hari ini.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2QGNLty
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3akBouP
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment