Wednesday 25 March 2020

59 Kematian Selepas Diberi Minum Dettol Untuk 'Bersihkan' Diri Dari COVID-19


Umum mengetahui bahawa wabak COVID-19 kini sedang mengganas di serata dunia sehingga menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. Pihak kerajaan telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang ampuh bagi mengekang penularan wabak ini selain memastikan rakyat selamat.

Pun begitu, masih ramai pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyukarkan lagi misi pembendungan COVID-19 ini. Terbaru, seorang individu di Afrika Selatan iaitu Rufus Phala telah menyuruh para pengikutnya supaya meminum pembersih Dettol sebagai langkah pencegahan kepada COVID-19 selain untuk menunjukkan kesetiaan kepadanya.

Menyedihkan kerana 59 individu telah pun dikhabarkan meninggal kerana tindakan ini selain 4 lagi kini berada dalam keadaan kritikal. Pengikut lain yang turut mengalami masalah kesihatan dijanjikan kesembuhan sekiranya mereka meminum cecair pembersih tersebut.


Individu itu mendakwa bahawa dia menyuruh mereka meminum Dettol bukanlah untuk merosakkan tubuh mereka bahkan cecair itu akan bertindak sebagai pencegah kepada sebarang penyakit termasuklah COVID-19.

Saya tahu Dettol adalah membahayakan tetapi Tuhan telah mengarahkan saya untuk menggunakannya. Saya adalah orang pertama yang meminumnya.

Tambahnya lagi, ramai yang menghantar mesej kepadanya melalui aplikasi Whatsapp dan mengatakan bahawa mereka sudah sembuh selepas meminum cecair itu.

Pihak polis kini juga dikhabarkan sedang menyiasat kejadian ini dan menjelaskan bahawa para pengikut yang mempercayai lelaki itu hanya menurut sahaja arahannya.

Ikuti arahan pegawai perubatan bagi membendung COVID-19.



from Sehinggit Media https://ift.tt/39lanpM
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dym7c3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment