Tuesday 5 May 2020

Wanita Buat Lubang Pada Topeng Muka Sebab Susah Nak Bernafas


Rakaman seorang wanita dari Kentucky, Amerika Syarikat telah menjadi tular dilaman sosial selepas beliau dilihat membuat lubang pada topeng mukanya.

Wanita berkenaan dirakam menerusi video TikTok oleh seorang pekerja stesen minyak yang jelas menunjukkan lubang pada bahagian depan topeng mulutnya.


"Dimana anda dapat topeng itu?", tanya pekerja stesen minyak itu kepada wanita berkenaan.


"Memandangkan kita semua perlu pakai topeng muka, ia buatkan kita susah untuk bernafas, maka lubang ini memudahkan saya bernafas dengan baik", kata wanita terbabit.


Arahan memakai topeng muka telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kentucky yang membenarkan orang ramai untuk keluar bermula 11 Mei ini.

"Walaupun kelihatan aneh dan mungkin tidak selesa, saya ingin kita tahu bahawa ini hanyalah satu pengorbanan kecil yang dapat kita lakukan untuk memastikan bahawa kita saling menjaga keselamatan,", kata Gabenor Kentucky, Andy Beshear.


Sumber: New York Post via Era.je


from Sehinggit Media https://ift.tt/2L2vpjl
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2W81XPf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment