Sunday, 31 May 2020

Masjid Nabawi Dibuka Semula, Foto-Foto Jemaah & Azan Subuh Berkumandang Syahdu Hari Ini


Lebih 90,000 masjid di Arab Saudi termasuk Masjid Nabawi di Madinah dibuka semula pada Ahad (hari ini) setelah kira-kira dua bulan ditutup kerana pandemik COVID-19.

Menteri Hal Ehwal Islam, Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengumumkan tentang kesediaan kerajaan dan masjid dalam menyambut ketibaan para jemaah selepas beliau selesai menjalankan tinjauan lapangan bagi memeriksa segala kelengkapan serta persediaan.

“Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati masjid-masjid ini sudah lengkap bersedia dan dalam keadaan yang terbaik (untuk dibuka semula),” katanya, memetik laporan Arab News.

Dibuka semula dengan SOP

Difahamkan, pembukaan semula masjid pada kali ini adalah selaras dengan garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

“Para jemaah perlu berwuduk dari rumah, sentiasa perlu menjaga kebersihan tangan serta sanitasinya setiap kali masuk dan keluar dari masjid tersebut.


“Warga emas juga dinasihatkan untuk solat di rumah sahaja, manakala membaca Al-Quran melalui aplikasi di telefon serta dibawa sendiri dari rumah juga adalah digalakkan.

“Bawa sejadah sendiri dari rumah juga amat digalakkan dengan mengamalkan penjarakan sosial ketika berjemaah dalam dua meter, selain kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan datang, memakai topeng muka dan elak dari bersalaman juga amat disyorkan,” kata menteri tersebut, berdasarkan laporan Gulf News kelmarin.

Bagaimanapun, masjid di kawasan Mekah adalah terkecuali setakat ini daripada pembukaan semula masjid-masjid di seluruh negara tersebut.

Sementara itu, di halaman Facebook Masjid Al-Haram, terdapat beberapa rakaman visual (gambar dan video) yang dirakam ketika pembukaan semula Masjid Nabawi pada awal pagi ini.









Azan subuh berkumandang menggamit kerinduan para jemaah



Sumber: Facebook, Arab News, Gulf News via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MfdCpJ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gH8oRo
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment