Rakyat merungut ekoran kenaikan harga barang basah atau keperluan asas yang naik mendadak menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.
Ahli Parlimen PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dalam keadaan mereka terpaksa menghadapi norma baharu susulan wabak Covid-19, mereka juga terbeban dengan harga barang basah yang dikatakan naik sekali ganda, terutama ayam yang didakwa berharga RM4.60 sekilogram tetapi sejak akhir-akhir ini naik kepada RM7.10 sekilogram.
“Nampaknya semenjak Perikatan Nasional (PN) mengambil tampuk pemerintahan negara tekanan yang dihadapi oleh rakyat semakin tinggi dan terhimpit terutama sekali kos sara hidup,” katanya.
Nik Nazmi berkata, perbezaan itu sangat ketara ketika Pakatan Harapan (PH), harga barang sentiasa dipantau dan pematuhan pada undang-undang sangat tinggi.
Katanya, inisiatif dilakukan kerajaan PH ketika itu adalah harga barang keperluan didapati menurun kira-kira 25 peratus selepas pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).
“Sebanyak 27 barangan keperluan asas dikategorikan dibawah skim berkenaan termasuk ayam, ikan, sayur, bawang dan lain-lain lagi dan semua barangan yang disenaraikan dalam SHMMP mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat yang menyambut perayaan dan kawalan harga dibuat bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran.
“Untuk pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2019 bagi Hari Raya Puasa, Hari Gawai dan Pesta Keamatan mencapai kejayaan apabila mencatatkan kadar pematuhan yang cemerlang seperti yang dilaporkan oleh mantan Menteri KPNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada perayaan lepas,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan PN harus proaktif dalam melindungi hak pengguna terutamanya apabila rakyat berhadapan dengan masalah pendapatan dan pandemik yang tidak menentu ini.
Katanya, rakyat tidak seharusnya dibebani dengan harga barang naik terutamanya menjelang musim perayaan.
Sumber: https://ift.tt/2TP95R3
from Sehinggit Media https://ift.tt/2LMp5Nn
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gc0TSv
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment