Satu kejadian tidak diingini berlaku di mana seorang adik melanggar dan menetak abang kandung dan kakak iparnya di hadapan sebuah kuil di kampung Chuang Rasa sebelum mayat lelaki itu ditemukan terapung di lombong dipercayai berpunca daripada perebutan harta.
Menurut Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa yang berusia 65 tahun dan isteri yang berumur 56 itu cedera di kaki dan tangan akibat ditetak suspek yang dikatakan menggunakan sebilah parang sebelum ditemui oleh orang awam. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7.56 pagi semalam.
Kata saksi ditempat kejadian, pasangan tersebut menunggang motosikal jenis Honda sebelum dilanggar oleh sebuah kereta Proton Iswara. Suspek yang berusia 61 tahun itu kemudian menetak abang dan kakak iparnya itu sebelum melarikan diri.
Dalam satu kenyataan pihak polis berkata parang yang digunakan oleh suspek telah ditemui tidak jauh daripada kawasan tersebut. Mayat suspek kemudian ditemui terapung berhampiran sebuah kereta yang terjunam di tepi tebing di lombong Antara gapi pada 1 petang semalam.
Hasil pemeriksaan pada fizikal suspek tiada kecederaan dan unsur jenayah, mayat tersebut dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Sumber: Sinar Harian via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ywNELc
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ghaEib
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment