Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa lesu, hilang deria bau dan rasa juga adalah merupakan antara gejala Covid-19.
Menurutnya, gejala demam batuk selesema serta sesak nafas adalah antara gejala utama yang kebanyakan daripada kita ketahui.
Pun begitu, beliau telah memaklumkan bahawa keletihan, kelesuan dan hilang deria bau serta rasa juga adalah gejala yang ramai di antara kita terlepas pandang.
“Ada mereka yang datang contohnya ke pejabat/mesyuarat hari itu. Kalau kita ambil suhu, suhu normal. Dia takde kesan pada suhu tersebut. Tetapi mereka ada kelesuan dan juga ada hilang deria bau dan juga rasa. Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum”, katanya.
Tambahnya lagi, kes positif yang dilaporkan membabitkan ahli mesyuarat di JPM tempoh hari tidak menunjukkan gejala sebarang gejala utama, melainkan kelesuan.
“Haritu, Mesyuarat di JPM pun, pegawai tersebut yang datang ke mesyuarat, dia tidak ada gejala yang nyata contohnya demam ataupun batuk ataupun sesak nafas dan selesema. Tetapi hanya gejala kelesuan tu yang ada”, ujarnya.
Justeru daripada itu, beliau turut mengingatkan bahawa suhu yang normal itu bukan bermakna seseorang itu tidak ada gejala.
“Walaupun kita ada mesin ataupun peralatan mengambil suhu, tak semestinya suhu yang normal itu takde gejala. Itu yang kita kena pastikan. Tetapi kalau ada gejala, pastikan jangan datang ke pejabat langsung”, tegasnya.
Lesu, hilang deria bau dan rasa juga adalah gejala #COVID-19 - KP Kesihatan @DGHisham pic.twitter.com/aRzBuFZKaz— BERNAMA (@bernamadotcom) May 27, 2020
Sumber: Bernama via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/3d8unie
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36BKKS4
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment