Thursday 21 May 2020

Individu Cuba Rentas Negeri Akan Dikompaun Mulai Hari Ini Sebelum Diarah Berpatah Balik


PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata mulai hari ini mana-mana individu cuba merentas negeri dengan alasan balik ke kampung bukan sahaja perlu diarah patah balik, tetapi dikenakan kompaun.

Beliau berkata ini bagi menyatakan kerajaan benar-benar serius tidak membenarkan rentas negeri.

“Semalam, 2,412 kenderaan cuba merentas negeri diarah patah balik.

“Semalam polis periksa 271,646 kenderaan. Minat rentas negeri untuk balik kampung tak berubah walaupun sudah diberi nasihat,” katanya pada sidang media hariannya.


Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sekatan ke atas perjalanan antara negeri masih berkuatkuasa, namun ziarah dibenarkan dalam negeri dengan had 20 orang pada setiap masa.

Ismail berkata laporan polis pagi tadi mengatakan sebanyak 1,300 orang beratur di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk memohon kebenaran pulang ke kampung.

Beliau menegaskan, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali.

“Tak payah beratur panjang-panjang untuk merentas negeri. Polis takkan benarkan lagi. Tak buka ruang, tiada lagi,” katanya.

Sumber: FMT


from Sehinggit Media https://ift.tt/3g8UFCF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XfYL3s
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment