Thursday 21 May 2020

Hanya Rentas Daerah Dalam Negeri Sama Dibenarkan, Tak Boleh Berkumpul Lebih 20 Orang Dalam Sebuah Rumah


PUTRAJAYA - Kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah dalam yang negeri sama dan polis pula boleh mengesan taktik pemandu yang mahu merentas negeri kerana sudah biasa dengan jawapan orang ramai sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kes-kes di mana wujud dakwaan mengatakan polis tidak membenarkan mereka merentas daerah sebenarnya tidak tepat.


"Buat masa ini rakyat di sesebuah negeri dibenarkan di dalam daerah. Sebagai contoh pergerakan dari Kuantan ke Kuala Lipis walaupun perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam, ia tetap dibenarkan," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang berada di negeri sama dibenarkan pulang ke kediaman ibu bapa tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) perayaan.

"Mereka tidak dibenarkan berkumpul sehingga 20 orang dalam sebuah rumah. Jika didapati berdegil dan banyak kenderaan di hadapan rumah akan berhadapan dengan tindakan polis. Walaupun kita benarkan tetapi SOP raya tetap sama," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ZqyUbQ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3e47s7G
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment