Thursday 21 May 2020

Covid-19: 20 Kontak Wanita Hamil, Negatif


KOTA BHARU: Seramai 20 kontak wanita hamil yang positif COVID-19 termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun, didapati negatif hasil ujian saringan yang dilakukan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata 10 lagi kontak akan menjalani ujian saringan.

"Alhamdulillah setakat ini hanya dia (wanita hamil) seorang yang positif COVID-19, 20 kontak termasuk anak mangsa berusia tiga tahun adalah negatif.

"Kita tidak menolak kemungkinan mangsa mendapat virus berkenaan daripada suami memandangkan mangsa adalah suri rumah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat JKKN Khas di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, walaupun wanita berkenaan positif, namun dia boleh bersalin secara normal dan tidak perlu pembedahan.

"Selepas bersalin, kita perlu menjalani ujian kepada bayi yang turut berkemungkinan dijangkiti. Apapun kita akan memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata semua kontak wanita hamil berkenaan perlu berada di rumah termasuk ketika Aidilfitiri.

"Kita akan memastikan kesemua mereka kekal di rumah dan tidak menerima sebarang tetamu ketika Aidilfitiri.

"Untuk itu, pihak polis akan menjalankan pemeriksaan terhadap kesemua premis berkenaan mungkin setiap dua jam sekali supaya mereka kekal di rumah.

"Pada masa sama, saya juga menasihatkan semua pihak supaya bersabar kerana sekatan jalan raya di sempadan negeri mungkin menyebabkan kesesakan teruk disebabkan saringan ujian COVID-19," katanya. - BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3g7s8gV
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3e6gT6w
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment