Kehadiran pandemik COVID-19 yang melanda hampir di seluruh bahagian dunia mendesak pihak berkuasa setiap negara untuk mengeluarkan panduan ataupun Standard Operating Prodedure (SOP) dalam segala hal bagi memastikan kehidupan masyarakat tidak terjejas teruk.
Ini termasuklah dalam hal ehwal keagamaan seperti ibadah Solat Jumaat. Di Turki, Solat Jumaat dilaksanakan semalam dengan mematuhi SOP tertentu berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan oleh agensi media tempatan di sana.
Menurut Anadolu Agency, ibadah Solat Jumaat akan dilaksanakan semula bermula 29 Mei setelah kerajaan mengambil keputusan untuk melonggarkan perintah kawalan.
Bagaimanapun, mereka yang hadir perlu mematuhi arahan penjarakan sosial yang menyaksikan pihak pentadbiran masjid mengambil keputusan untuk menukar kawasan lapang seperti parkir kenderaan sebagai ruang ibadah.
Berikut adalah gambar-gambar aktiviti solat jumaat yang dilaksanakan di Turki semalam.
Menurut portal Climate of Travel, suhu di Turki sepanjang bulan Mei adalah diantara 12 hingga 25 darjah celcius.
Sumber: Anadolu Agency via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2TTwNts
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XiHOXs
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment