YAN - Seramai 23 individu yang menyertai jamuan Hari Raya di Guar Chempedak, di sini semalam dikompaun RM1,000 seorang kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, kesemua mereka berusia antara 19 hingga 25 tahun dipercayai sedang menghadiri menikmati barbeque di sebuah rumah dekat Jalan Batu 17 Dalam, Guar Chempedak kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemilik rumah berusia 24 tahun mengaku ada menjemput rakan dan saudara-mara menikmati jamuan.
"Pemilik rumah mengatakan dia ada jemput rakan baik dan saudara namun ada dalam kalangan yang hadir adalah rakan kepada rakan baiknya dan dia tidak mengenali mereka," katanya.
Kesemua mereka diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk tindakan lanjut.
Menurut Shahnaz, siasatan mendapati kesemua mereka didapati arahan Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 iaitu aktiviti berhubung perayaan yang boleh menyebabkan ramai orang berhimpun.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ZMt4RY
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TKhvap
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment