Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah harini melaporkan status terkini COVID19 di Malaysia.
Menurutnya, terdapat pertambahan 172 kes baharu harini, manakala 34 dilaporkan pulih serta tiada kes kematian baru dicatatkan.
Daripada jumlah tersebut, 5 adalah kes import yang mendapat jangkitan diluar negara. Manakala 167 kes adalah penularan tempatan di mana 159 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia di mana 112 telah dikesan di 3 Depot Tahanan Imigresen (DTI).
Hanya 8 kes sahaja membabitkan penularan tempatan. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana Depot Depot Imigresen ini merupakan tempat yang diasingkan daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.
Terkini #covid19malaysia, 25 Mei— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 25, 2020
Kes sembuh = 34
Jumlah kes sembuh = 5,979
Kes baharu positif = 172
Jumlah positif = 7,417
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 9 kes dirawat di ICU dan 4 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. pic.twitter.com/uTY2fIywMF
KKM turut melaporkan Seorang warga tempatan yg juga staf pentadbiran di depoh tahanan Imigresen telah disahkan positif COVID19
Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.
Punca jangkitan sama ada dari Orang Kena Tahan (OKT) atau jangkitan dalam komuniti masih dalam siasatan.
Seorang warga tempatan yg juga staf pentadbiran di depoh tahanan Imigresen telah disahkan positif #COVIDー19.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 25, 2020
Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.
Punca jangkitan sama ada dari Orang Kena Tahan (OKT) atau jangkitan dalam komuniti masih dalam siasatan. - @DGHisham
from Sehinggit Media https://ift.tt/2X2rytw
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ejATma
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment