Tuesday 5 May 2020

Kontrak Makmal RM30 Juta. KKM Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan yang melibatkan dakwaan beberapa syarikat yang dikatakan mendapat kontrak secara tidak layak bagi menyediakan kelengkapan makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian ketika ditanya sama ada siasatan SPRM tersebut mengganggu operasi kementerian tersebut pada masa hadapan.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata isu yang melibatkan SPRM sebaiknya dirujuk kepada SPRM dan bukannya pihak KKM.

“Perkara itu mengenai SPRM, jadi sebaik-baiknya kami merujuk perkara ini kepada SRPM.


“KKM sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM kalau diperlukan,” katanya pada sidang media harian pada Selasa.

Sebelum ini, media lain melaporkan SPRM menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Sumber SPRM berkata siasatan tersebut turut termasuk sebuah syarikat pembinaan yang didakwa memperolehi projek pembinaan makmal Kementerian Kesihatan.

Menurut sumber berkenaan juga, siasatan kini terarah kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ianya dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WvlS9J
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3fp79WE
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment