Monday, 18 May 2020

Trauma Lihat Suami, Anak Ditetak Depan Mata Oleh Penyamun


PASIR PUTEH: Seorang wanita berdepan detik menakutkan apabila melihat suami dan anak lelakinya ditetak berkali-kali oleh sekumpulan penyamun dalam kejadian di Kampung Air Tawar, Tok Bali, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam tadi, Che Minah Che Muda, 56, berkata dia sedang memasak sup ayam untuk berbuka manakala suaminya, Syed Akhbar Mukaddim Shah, 32, sedang menjirus tanaman di belakang rumah mereka di pintu dapur sebelum kejadian ngeri itu berlaku.

Katanya, sebelum itu dia dan suami hanya berbuka dengan cendol kerana baru pulang dari menjual sayuran dan ikan kering di pasar basah di Tok Bali.

"Saya baru siap hidang makanan dan suami nak basuh tangan, tiba-tiba meluru tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang samurai masuk melalui pintu dapur dan terus menetak kepala suami berkali-kali.

"Saya terus menjerit meminta tolong tettapi meluru pula dua lagi lelaki lain dengan salah

seorang mencekik tengkuk saya manakala seorang lagi mencabut barangan kemas yang ada pada jari dan tangan saya," katanya ketika ditemui di Tok Bali, di sini, hari ini.

Che Minah berkata, penjenayah berjaya membawa lari dua utas gelang tangan dan sebentuk cincin yang dianggarkan berharga lebih RM70,000.


Dia berkata, ketika mereka pasangan suami isteri sedang bergelut dengan penjenayah, anak lelakinya, Suhaimi Mohamed, 33, yang tinggal berdekatan rumahnya datang selepas mendengar jeritan ibunya.

Katanya, Suhaimi kemudian menjerkah penyamun itu namun tiga lelaki yang sedang menyerang suaminya bertindak menyerang pula anak lelakinya dengan menetak bahagian kepala anaknya bertubi-tubi.

"Selepas menyerang anak, lima lelaki itu terus melarikan diri melalui pintu dapur yang mereka masuk dan saya bergegas minta bantuan jiran dan ke hospital," katanya yang tidak dicederakan.

Che Minah berkata, suami dan anaknya menerima berbelas jahitan di kepala selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

"Saya masih rasa trauma terbayang suami dan anak ditetak berkali-kali depan mata dan ini kejadian samun kali ketiga yang pernah saya alami," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata mangsa sudah membuat laporan polis di Balai Polis Cherang Ruku, jam 1 pagi tadi.

Katanya, pihak polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WKry18
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bGlr1N
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment