Monday, 18 May 2020

Orang Ramai Dinasihatkan Jangan Kunjung Mengunjung, Ziarah Kubur Raya Tahun Ini


Putrajaya, 18 Mei – Orang ramai dinasihatkan agar tidak menziarahi kubur ketika hari raya bagi memutuskan rangkaian COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tindakan ini penting kerana virus tersebut masih ada dalam kalangan masyarakat.

“Kita lihat kelaziman kunjung mengunjung dan menziarahi kubur, tetapi kali ini adalah luar kelaziman. Kita perlu merayakan Aidilfitri kali ini contohnya tanpa kunjung mengunjung dan ziarah ke kubur.

“Apa yang penting ialah kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan cara berkesan adalah kalau boleh kita raya dengan rumah tertutup iaitu antara kita dan keluarga sahaja. Kurangkan antara kita kunjung mengunjung, kalau boleh jangan,” katanya.


“KKM nasihatkan individu dan keluarga supaya jangan amalkan kunjung mengunjung dan ziarah kubur pada tahun ini. Hanya tahun ini sahaja,” katanya.

”Jika kita patuh kepada nasihat KKM, kita dapat putuskan rangkaian jangkitan COVID-19 dalam masyarakat kita sebab ia masih dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya nasihat KKM mengenai aktiviti ziarah kubur yang menjadi kelaziman setiap hari raya dan kebimbangan berlaku kesesakan dan kontak di tanah perkuburan.


Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WIAeoH
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WHOcXZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment