Jika anda mengikuti media sosial selebriti serba boleh Zulin Aziz, ramai yang terkejut melihat penampilan terbaru pelakon dan pengacara itu yang semakin langsing dan berat badannya semakin susut.
Zulin berkata, berat badannya menyusut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada Mac lalu. Menurut Zulin, dia tidak menyentuh nasi sejak tahun lalu lagi.
“Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.
“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang,” katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, Zulin mengakui sedang mengamal sejenis minuman yang dimana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan. Ujarnya, berat badannya turun sebanyak 25 kilogram selepas mengamalkan produk tersebut.
“Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,” katanya.
Dalam pada itu, Zulin menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’ kerana kisah percintaan yang tidak kesampaian sebelum ini sebaliknya dia melakukan untuk kepuasan sendiri.
Sumber: Rotikaya.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bN4zGP
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2zgHZcj
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment