Tuesday 19 May 2020

Kuala Selangor Kembali Zon Kuning, Empat Daerah Rekod Kes Aktif Covid-19


SHAH ALAM: Kuala Selangor kembali memasuki zon kuning apabila empat mukim di daerahnya merekodkan kes aktif COVID-19, semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web menteri besar, amirudinshari.com, sehingga 12 tengah hari semalam, daerah itu merekodkan tujuh kes aktif baharu sekaligus mengembalikannya ke zon kuning.

Empat mukim berkenaan adalah Ijok, Jeram, Kuala Selangor dan Pasangan.

"Hari ini (semalam) pertambahan kes baharu mempengaruhi demografi kes aktif Selangor di mana daerah Kuala Selangor kembali ke zon kuning.


"Kami sudah ingatkan berulang kali bahawa penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai pelitup muka itu bukanlah soal main-main, ia semata-mata untuk keselamatan dan keselesaan anda juga.

"Sekiranya terjadi jangkitan baharu, kesemua kebebasan ini akan ditarik balik," katanya.

Selain Kuala Selangor, daerah lain masih berada dalam zon kuning adalah Hulu Langat (33), Gombak (14), Klang (11), Hulu Selangor (8) dan Sabak Bernam (3) dan satu di Sepang.

Petaling masih kekal di zon merah dengan pertambahan satu kes kepada 50 kes berbanding 49 pada Ahad lalu manakala Kuala Langat pula mengekalkan status zon hijau sejak 8 Mei.

Sementara itu, sebanyak lapan kes baharu COVID-19 direkodkan di Selangor semalam menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 1,644 kes.

Sebanyak 127 kes aktif, 1,450 kes sembuh serta 21 kematian direkodkan sehingga kini.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2yjUSCc
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TjLyFC
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment