Friday 17 April 2020

Warga Filipina Lari Bersama Isteri Selepas Diarah Kuarantin Di Klinik Kesihatan Felda Sahabat


SEORANG lelaki warga Filipina melarikan diri selepas diarah kuarantin di Klinik Kesihatan Felda Sahabat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki dikenali sebagai Jul, 30-an dilaporkan melarikan diri selepas membuat pemeriksaan saringan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, lelaki berkenaan datang ke klinik itu untuk melakukan saringan Covid-19.

Menurutnya, sebaik sampel untuk ujian saringan selesai diambil, lelaki itu diarahkan untuk dimasukkan ke pusat kuarantin.


“Semasa proses mengurus kemasukan dan diminta untuk menunggu, lelaki itu dilaporkan melarikan diri.

“Polis kemudiannya memeriksa rumah kongsi lelaki itu namun dia dikatakan sudah melarikan diri bersama isterinya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu Nasri meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya melihat lelaki berkenaan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sharifah Nurlin Atiqah Wan Idrus di talian 014-5907309.

Nasri berkata, kes disiasat mengikut 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKTA 342).

Sumber: Harian Metro

from Sehinggit Media https://ift.tt/34LqHPX
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eC3XXp
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment