Saturday 18 April 2020

Pertama Di Malaysia! Pengantin Akad Nikah 'Online' Di Rumah Masing-Masing


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjayakan akad nikah pasangan pengantin baru secara atas talian yang pertama di Malaysia pagi tadi berikutan kekangan akibat wabak Covid-19.

Menerusi sidang video itu, pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.


Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Majlis yang disiarkan secara langsung di Facebook TV Alhijrah itu turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail menerusi.



Perkara itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu apabila memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI.

Bagaimanapun, pelaksanaan akad nikah secara sidang video itu perlu mengikut garis panduan dan borang permohonan yang telah ditetapkan.

Sumber : Alhijrah Online via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XITwej
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RM9Mrm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment