Wednesday 15 April 2020

UPSR, PT3 Tahun Ini Dibatalkan. SPM Ditunda Tahun Depan – Menteri Pendidikan


Satu sidang media khas Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin telah berlangsung untuk mengupas isu pendidikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Antara isi kandungan sidang media itu mengumumkan tentang pembatalan peperiksaan UPSR dan PT3. 

Walau bagaimanapun, peperiksaan awam seperti SPM, STAM dan STPM bakal ditangguhkan.

Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Keputusan pembukaan semula sesi persekolahan akan diumumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.

Keputusan sekolah dibuka hanya akan dibuat apabila kerajaan benar-benar yakin keadaan benar-benar selamat.


Pembukaan sekolah bagaimanapun hanya melibatkan kelas peperiksaan awam seperti SPM, SVM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Tarikh peperiksaan SPM dan SVM ditunda ke suku pertama 2021.

Tarikh peperiksaan STPM semester kedua ditunda ke bulan Ogos 2020 manakala semester ketiga akan diadakan dalam suku pertama 2021.

Peperiksaan STAM pula akan diadakan pada suku pertama 2021.

Peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan.

KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baru ke IPT bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021 manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021.

Keputusan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.


Sumber: Astro Radio News


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bfB1Cg
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2yi9QYK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment