Wednesday 15 April 2020

Hina Polis Di Facebook, Nursyahira Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka


Tular di media sosial baru-baru ini mengenai tindakan seorang remaja perempuan, Nursyahira, yang menghina pihak polis melalui akaun facebooknya.

Gadis tersebut yang telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara selama tiga bulan, akhirnya dibebaskan setelah diikat jamin oleh seorang individu yang berhati mulia.

Menerusi Facebook, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Azlan Al-Amin, turut membantu remaja tersebut mengemukakan permohonan maaf kepada pihak polis di rumah keluarganya di Pendang, Kedah.

Muhammad Azlan berkata, dengan permohonan maaf tersebut, beliau berharap remaja itu diberi peluang kedua dan sekaligus menjadi pengajaran kepada orang ramai.


NURSYAHIRA MINTA MAAF KEPADA POLIS

BANTU SAYA UNTUK SHARE

Alhamdulillah, selesai kenyataan media ringkas PERMOHONAN MAAF oleh Nursyahira binti Mizuar Kepada pihak polis.

Saya memimpin pertemuan remaja tersebut bersama pihak media yang hadir seperti BERNAMA,TV AL HIJRAH,ASTRO AWANI,RTM,SINAR HARIAN, DAN BERITA HARIAN di Pendang, Kedah pagi ini.

Kami hanya buat kenyataan media secara ringkas di rumah keluarga beliau di Pendang, memandangkan pergerakan dan lokasi sepatutnya seperti lobi hotel adalah terhad pada musim PKP ini.

Kenyataan MAAF ini adalah berikutan kenyataan remaja tersebut sebelum ini yang menghina pihak Polis melalui FB beliau.

Dengan kenyataan MAAF tersebut, saya berharap remaja “slow” ini diberi peluang kedua dan ia sekaligus menjadi pengajaran kepada kita semua.

Terima kasih kepada semua media yang sudi hadir bersama pagi ini,anda semua terbaik!

Muhammad Azlan al Amin.

15/4/2020


Sumber: Muhammad Azlan Al-Amin via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xmaF2X
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VaTdHN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment