Wednesday 15 April 2020

Wan Maimunah Sebak Terima Bantuan Makanan


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran, Wan Maimunah, yang sememangnya popular dengan watak air mata. Bagaimanapun, ini bukan watak sedih di dalam drama, tetapi sebaliknya tangisan terharu dengan sumbangan yang diberikan kepadanya.

Difahamkan, Wan Maimunah menerima kunjungan daripada Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, beberapa hari lalu di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

Video tangisan Wan Maimunah yang dikongsikan oleh Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin menjadi tular dimana beliau kelihatan begitu sebak kerana ada pihak yang sudi bertanya khabar mengenainya.


“Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.

“Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya,” katanya.


View this post on Instagram

BANGUN pagi pagi hari tu, terima video ni. Daripada ibu Wan Maimunah sendiri yang dihantar kepada saya. Berat hati nak post pada awalnya, tapi bila video jadi viral dah sehari dua ni, saya post kanlah juga semula. Jangan kecam tau... Sebenarnya saya post sebagai menghargai budi baik sahabat kami, Ustaz Sheikh Mohammad yang memang bergerak kulur kilir membantu yang memerlukana. Ustaz Sheikh Mohammad buat masa sekarang dia gerak sendiri dengan seorang dua rakan, dia pakai apa yang dia punya sendiri, pergi beli barang, pergi hantar dari rumah ke rumah, ke tangan penerima sendiri. Sebab tu dengarnya dah jadi anak angkat beberapa artis dah sekarang ni. Hehehe! Apapun ini sumbangan kecil sahaja. Sejak saya tak kerja, duduk rumah saja, kewangan pun terhad nak beri infaq banyak-banyak. Tapi ada cara untuk kita membantu juga walaupun bukan dengan wang ringgit. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan usaha kita semua.
A post shared by tengku khalidah (@tengkukhalidah_tengkubidin) on

Dalam pada itu, Ustaz Sheikh Muhammad, berharap sumbangannya kepada selebriti tidak diperbesarkan kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.

“Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.

“Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya.

Difahamkan, Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite dengan memberikan bantuan kepada pelakon-pelakon veteran.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VnPKEk
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RCCXNx
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment