ALOR SETAR: Seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan sanggup datang untuk melihat suaminya yang ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Seberang Putra - Sungai Baru, Alor Setar, malam tadi.
Wanita berusia 30-an itu ditemani jirannya datang untuk meminta restu suaminya yang berusia 33 tahun kerana bimbang bersalin anak ketiga mereka pada bila-bila masa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata sebelum itu, lelaki terbabit dikatakan menunggang motosikal dan cuba lari sebaik ternampak anggota polis.
Bagaimanapun, dia berjaya ditahan selepas dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
“Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki itu dikehendaki polis berkaitan kes dadah dua tahun lalu mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan mengejut di Jalan Seberang Putra - Sungai Baru, malam tadi.
Remaja terbabit memberi alasan hendak keluar makan bersama teman lelakinya berusia 21 tahun itu disebabkan keluarganya tiada di rumah kerana pulang ke kampung.
Mereka ditahan ketika menunggang motosikal pada jam 12 tengah malam.
Mohd Rozi berkata, pemeriksaan mengejut yang dilakukan 16 anggota dan dua pegawai dari Balai Polis Alor Setar di kawasan itu menahan 11 individu termasuk remaja perempuan itu kerana ingkar PKP.
Beliau berkata, selain itu tiga individu lagi turut ditahan iaitu dua daripadanya terbabit dengan kesalahan berkaitan dadah, manakala seorang lagi membawa tiga bungkusan air ketum.
“Tiga individu terbabit diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut.
“Bagaimanapun 11 individu lain yang berusia antara 17 hingga 49 tahun yang ditahan kerana ingkar PKP disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.
Mohd Rozi berkata, mereka yang ditahan masih memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri walaupun PKP sudah hampir sebulan dilaksanakan dan memasuki fasa tiga.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2XN7NGQ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VFbdZJ
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment