Friday, 10 April 2020

Sebar Berita Palsu, Polis Siasat Bekas Timbalan Menteri


Johor Bahru – Polis akan membuka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan berikutan menyiarkan video dengan keterangan palsu di akaun Facebooknya malam tadi, sehingga menyebabkan kegusaran awam di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Fuziah Salleh akan dipanggil memberi keterangan sekiranya siasatan membuktikan beliau memuat naik video palsu itu sehingga berlaku panik dalam kalangan masyarakat dan agensi penguatkuasa.

Katanya, Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir sudah membuat laporan polis di Balai Polis Larkin, Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

“Polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian).

“Siasatan kes ini juga diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman. Tindakan memuat naik video dengan keterangan palsu itu amat tidak bertanggungjawab.


“Ia menyebabkan video itu viral sehingga bukan sahaja menimbulkan kegusaran awam malah menyebabkan agensi penguatkuasa kelam-kabut.

“Undang-undang negara adalah untuk semua tidak mengira orang awam atau Ahli Parlimen, jika membuat perkara yang menyalahi undang-undang, maka bersedialah untuk disiasat, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Dalam video yang dimuatnaik di akaun Facebook kira-kira jam 11.30 malam tadi, ia menunjukkan kononnya berlaku huru-hara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Antara keterangan bersama video itu – ‘Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi di luar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik secara beramai-ramai.

Pemeriksaan di akaun Facebook Fuziah mendapati video bersama keterangan palsu berkenaan sudah dipadamkan 15 jam lalu.

Malah pentadbir akaun itu memuat naik permohonan maaf yang menyatakan ia video lama.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, video berkenaan sebenarnya adalah sesi latihan kebakaran di CIQ BSI pada Disember tahun lalu.

Sumber: SuaraTV


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Xpl1cJ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JXomaZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment