KUALA LUMPUR: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas di kampus perlu dibantu untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, biarpun pelbagai bantuan sudah disalurkan kepada golongan ini, namun sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu susulan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu.
"Saya pasti bahawa kerajaan boleh melaksanakan perkara ini. Saringan kesihatan dan pemeriksaan boleh dilakukan terhadap pelajar sebelum mereka dibenarkan pulang.
"Misi pulang harus dilakukan secara berperingkat dengan pengangkutan khas, bukan kenderaan individu.
"Kerajaan juga perlu sediakan pengangkutan khas untuk pelajar pulang tanpa mengakibatkan penularan kes COVID-19.
"Kementerian Pengajian Tinggi perlu kemas kini dan maklumkan status terkini dengan segera kepada pelajar dan ibu bapa berkenaan kebajikan dan prosedur pulang ke rumah," katanya dalam satu siri ciapan di Twitter.
Sebelum ini, kerajaan memaklumkan akan menanggung sepenuhnya bantuan makanan untuk 74,530 pelajar yang tidak pulang ke kampung dan kini menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh PKP.
Sejak hari pertama PKP, para mahasiswa telah diletakkan di kampus masing-masing dan banyak bantuan telah disalurkan. Ini adalah perkembangan yang baik kepada kebajikan pelajar.— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 10, 2020
Kini, negara kita sudah hampir memasuki Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan. pic.twitter.com/2oauXdgaFf
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/2wvm1RJ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wxTyuw
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment