Sunday, 12 April 2020

Rindu Nak Jumpa Kekasih, Sampai Sanggup Langgar Arahan PKP


Malaysia sudah hampir selesai dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua ekoran penularan wabak COVID-19. Status sebenar berkenaan penyambungan tempoh PKP ini pula akan diumumkan sebentar lagi.

Oleh sebab itu, rakyat Malaysia sepatutnya sudah semakin memahami dan memandang serius tentang perkara ini.

Namun, perkara ini telah dipandang remeh oleh sepasang kekasih apabila baru-baru ini mereka ditahan bersama rakannya oleh pihak polis selepas ingkar arahan PKP dan cuba menipu pihak berkuasa. Mereka dikatakan keluar bersiar-siar dengan menaiki sebuah kereta sebelum ditahan di salah satu sekatan jalan raya di Perlis.

Menurut sumber, pasangan kekasih yang ditahan masing-masing berumur 26 dan 23 tahun dan ditemani oleh seorang remaja berusia 15 tahun.


Dahlah langgar PKP, cuba menipu pulak

Difahamkan mereka telah memberi keterangan yang salah kepada pihak berkuasa dan mengaku sebagai adik-beradik. Namun, penipuan tersebut tidak berjaya selepas pihak polis meminta mereka untuk mengeluarkan kad pengenalan masing-masing.

Setelah itu, mereka masih lagi cuba untuk mengelirukan pihak polis dengan mendakwa mereka adalah saudara tiri dan pasangan berkenaan merupakan suami dan isteri. Walau bagaimanapun mereka gagal menunjukkan sebarang bukti pernikahan. Setelah tidak tahan dengan soalan-soalan yang diajukan, serta merasakan pihak polis telah mengetahui perkara yang sebenar, mereka akhirnya membuat pengakuan.

Pihak polis telah mengenakan kompaun sebanyak RM 1,000 setiap seorang mengikut Peraturan 11(1) iaitu Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 2020 yang telah ditetapkan.

Tunggulah habis PKP dulu, kalau nak dating pun.

Sumber: Harian Metro via https://amazingnara.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/2ydEkuX
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cfiRAS
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment