Putrajaya: Seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika sedang membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Presint 14, hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata kejadian berlaku ketika anggota polis berkenaan memanggil suspek yang berjalan kaki melalui sekatan jalan raya.
“Semasa suspek mendekati pegawai polis itu, secara tiba-tiba suspek terus menyerang dengan menumbuk sebanyak dua ke tiga kali dan terkena bahagian kening mata sebelah kiri anggota,” katanya kepada media di sini hari ini.
Katanya, anggota polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum ketika hendak menangkap suspek kerana suspek melawan sehingga berlaku pergelutan.
“Suspek telah mengalami sedikit kecederaan iaitu calar pada bahagian muka dan pemeriksaan ke atas suspek didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya.
Rosly berkata siasatan awal juga mendapati suspek keluar rumahnya hanya untuk berjalan-jalan dan tidak dapat menyatakan lokasi ditujunya.
Suspek ditahan kerana telah mendatangkan kecederaan kepada anggota, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, katanya.
Sumber: Bernama
from Sehinggit Media https://ift.tt/2wyYgZ1
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JZOulC
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment