Helang Ekor Putih (White-Tailed Eagles) yang kali terakhir dilihat lebih 240 tahun lalu, kini kembali terbang di langit England selepas membuat perjalanan luar biasa sejauh 300 kilometer (km).
Burung yang juga dikenali sebagai Helang Laut ini, merupakan burung pemangsa terbesar di UK dengan sayap lebar sehingga 2.5 meter.
Ianya telah pupus di England pada awal abad ke-20 disebabkan oleh pembunuhan haram meluas yang dilakukan masyarakat pada zaman itu seperti memetik laporan Mirror UK.
Antara faktor yang membawa helang ini kembali semula ke England, adalah dengan usaha Jabatan Perhutanan England (Forestry England) dan Yayasan Hidupan Liar Roy Dennis (Roy Dennis Wildlife Foundation) melalui satu projek perlindungan haiwan liar mereka.
Terdapat Global Positioning System (GPS) yang diletakkan bagi mengesan empat ekor helang muda yang membuat perjalanan jauh mereka buat pertama kalinya.
Sepanjang musim sejuk lalu, keempat-empat burung ini tidak aktif tetapi dengan keadaan cuaca yang lebih baik, mereka telah terbang dari sarang mereka ke Somerset, Kent dan Norfolk.
Malah, dua burung yang berani, dikenali dengan kod G318 dan G393, turut terbang melalui Britain untuk mendarat dan berteduh di Yorkshire.
Kempen yang dijalankan oleh pihak berwajib meminta orang ramai untuk berkongsi penampakan helang dan gambar-gambar mereka.
Burung-burung itu mempunyai ekor hitam yang berbatas dan putih di hujung, paruh, kaki dan taji berwarna kuning beserta mata keemasan.
Mereka merupakan kumpulan pemburu dan pemakan bangkai. Kebanyakannya memakan ikan tetapi juga burung, arnab dan harimau.
Yayasan Hidupan Liar Roy Dennis berkata: ”Mereka meneroka secara meluas dalam dua tahun pertama mereka, sebelum kembali ke tempat asal mereka untuk membiak.
”Terdapat peluang untuk melihat sekali dalam seumur hidup walau di mana anda tinggal, teruskan melihat ke atas tetapi sila kekal di rumah masing-masing dengan selamat.”
Sumber: Mirror UK via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2xpQVLz
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3b3L9hh
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment