Monday 20 April 2020

Pembaca Berita RTM Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia


PEMBACA berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Pengurus kepada DJ Fuz iaitu Mia ketika dihubungi mStar turut mengesahkan bapa penyanyi rap itu mengembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11 pagi Isnin.

Menerusi laman Facebook pembaca berita RTM, Rozimah Mahyiddin juga berkongsi berita sedih itu dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


"Saya baru terima sedih ini dari keluarga arwah. Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa rakan seperjuangan kita @ icon RTM, Pak Ngah atau Farit Ismeth Emir, 66, telah menghembuskan nafas terakhirnya baru sebentar tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

"Al- Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan orang yang beriman. Aamiin," tulisnya.

Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2wVy7Uo
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VHm995
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment