Monday 20 April 2020

179 Pesakit Sembuh Di Korea Selatan Kini Kembali Positif COVID-19


Sekurang-kurangnya 179 pesakit yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 kembali positif jangkitan terbabit, seperti yang dilaporkan oleh South Korea Center for Disease Control Prevention (KCDC) menerusi laman CNN.

Ia termasuk 16 kes terbaru yang dilaporkan kembali positif COVID-19, daripada 8,042 kes yang telah pulih setakat ini.

Menurut pakar, pesakit yang kembali positif jangkitan COVID-19 ini mungkin berpunca daripada terkena jangkitan baru selepas pulih, ataupun isu daripada ujikaji yang dijalankan terhadap pesakit.

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah KCDC, Jung Eun-Kyeong, satu kajian akan dijalankan segera bagi menyelidik punca mengapa pesakit boleh terkena jangkitan semula COVID-19 selepas sembuh.


Daripada keseluruhan 179 kes, 22.9% adalah pesakit berusia 20-an dan 17.9% adalah melibatkan pesakit berusia 50-an.

Tambah Jung lagi, kebanyakkan pesakit ini akan kembali positif COVID-19 selepas 13 hari diisytiharkan pulih.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes yang kembali positif jangkitan selepas sembuh dilaporkan di negara ini adalah rendah.

“Banyak kes sekarang ini apabila kita melihat kepada ujian yang weak positif tak banyak tetapi ada kebarangkalian mereka boleh dijangkiti semula.

“Setakat ini kita tak ada pesakit yang dijangkiti semula tetapi ada dua kes (kalau) tak salah saya yang ada weak positif. Jadi, kita dah kesan weak positif dan kita bandingkan lebih kurang iaitu yang sangat-sangat lemah yang mana di peringkat “viral shedding”,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sumber: CNN via era.je


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XOSBt2
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bpbXcb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment