Monday, 20 April 2020

Hujan Meteor Tertua Bakal Kelihatan Di Langit Malaysia 23 April Ini


Susulan daripada perintah kawalan pergerakan dan juga lockdown yang dilaksanakan dikebanyakkan negara seluruh dunia ketika ini, kita mungkin bertuah kerana dapat melihat kembali langit yang semakin cerah kerana kekurangan pencemaran udara yang berlaku.

Disebabkan itu juga, kita mungkin berpeluang untuk saksikan sendiri hujan meteor tertua yang akan berlaku di langit Malaysia pada awal pagi 23 April ini.

Dikenali sebagai hujan meteor Lyrid, ia biasanya aktif antara 16 hingga 25 April setiap tahun. Tahun ini, hujan meteor Lyrid dijangka berlaku sekitar jam 5.48 pagi pada 23 April 2020.

Hujan meteor Lyrid diberi nama daripada buruj Lyra. Menurut beberapa sejarah China, hujan meteor ini sudahpun kelihatan sejak 2,500 tahun lalu.


Dijangkakan juga hujan meteor Lyrid akan memancarkan sehingga 18 meteor per jam. Anda juga tidak perlu peralatan yang canggih untuk melihat kejadian ini selagi cuaca di langit ketika itu cerah dan jelas dilihat menggunakan mata kasar.

Ini adalah gambaran hujan meteor Lyrid tahun 2019 yang anda boleh saksikan sekali lagi pada 23 April nanti:


Sumber: Time and Date / CNN via Era.je


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xxB65P
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ytfkQN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment