SEORANG buruh binaan dilaporkan memotong lidah sendiri gara-gara percaya tindakan itu dapat 'menggembirakan' dewi dipujanya sekali gus meredakan India daripada pandemik COVID-19.
Dalam kejadian di sebuah kuil terletak di Sui Gam di Gujerat, yang juga terkenal sebagai salah satu lokasi pelancongan, pada Sabtu itu, lelaki dikenali sebagai Vivek Sharma, ditemui sami dalam keadaan berlumuran darah.
Times of India melaporkan, lelaki berasal dari bandar Madhya Pradesh yang baru dua bulan bekerja di tapak projek di Sui Gam terletak kira-kira 18 kilometer dari sempadan India-Pakistan itu dikatakan keluar ke pasar untuk membeli barang dapur pada pagi Sabtu.
Difahamkan, apabila tidak pulang, abangnya yang juga bekerja di tempat sama cuba menghubunginya beberapa kali sebelum panggilan itu dijawab seorang lelaki tidak dikenali, memaklumkan Vivek memotong lidahnya di sebuah kuil.
Seorang pegawai polis, Sub Inspektor HD Parmar memberitahu, berdasarkan laporan awal, Vivek mengaku berbuat demikian dengan harapan tindakannya itu dapat menggembirakan dewi seterusnya menghentikan penularan pandemik itu.
"Siasatan mendapati, Vivek dikatakan menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung halaman beberapa hari yang lalu, namun gagal ekoran pelaksanaan perintah berkurung yang membataskan pergerakannya," katanya di sini pada Sabtu.
Parmar juga memberitahu, Vivek ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan lidah berada pada tangannya oleh seorang sami kuil berkenaan.
Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu kini ditempatkan di sebuah hospital di pekan Tharad dan pasukan perubatan sedang berusaha untuk mencantumkan kembali lidahnya.
Katanya, pasukan polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/34N20CG
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cxMugS
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment