Hidayah Allah datang tanpa diduga, malah dalam pelbagai bentuk dan cara membuatkan seseorang insan terbuka hati untuk kembali kepada fitrahnya.
Terbaru, seorang pemuda yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Sarawak mengambil keputusan bagi mengucap dua kalimah syahadah.
Memilih nama Faez Hafizuddin Peter Abdullah sebagai nama Islamnya, proses tersebut disempurnakan oleh beberapa pegawai yang bertempat di Surau An-Nur, Kem Tebrau Johor Bahru pada Rabu lalu.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bahagian Johor pula menguruskan prosedur pendaftaran pengislaman selain membantu serta membimbing pemuda berkenaan setelah bergelar saudara baru.
Posting dimuat naik di laman Facebook Perkim Bahagian Johor itu mendapat 274 perkongsian dan lebih 1,000 tanda suka serta komen netizen yang mengucapkan syukur kerana bertambah lagi umat Nabi Muhammad.
Sumber : Perkim Bahagian Johor via https://borakdaily.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2VoiBbR
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2V0zrhV
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment