Saturday 11 April 2020

165 Pesakit Covid-19 Sembuh & Dibenar Keluar Hospital Hari Ini


PUTRAJAYA: Sebanyak 165 kes pulih dilaporkan setakat 12 tengah hari Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 1,995 kes atau 44.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain itu terdapat 184 kes baharu dilaporkan.

“Sehingga 11 April 2020 pukul 12.00 tengah hari, terdapat 184 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,530 kes.

“Sehingga kini, 72 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 38 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.


Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 2,462 kes membabitkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Jelasnya, angka tersebut diperolehi setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian.
“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

"Mengikut trajektori unjuran KKM, pada 14 April 2020 iaitu apabila tamatnya fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), unjuran kes-kes positif dengan kebolehjangkitan adalah dijangka lebih kurang 2,033 kes.

“Ini tanda-tanda kejayaan PKP fasa pertama dan fasa kedua menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti,” ujarnya.


Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Xumr5Q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XsLKp1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment