Masih hangat lagi isu kluster oversea yang bermacam kerenah. Dari satu cerita hingga ke satu cerita, ada sahaja perkara tidak seronok didengar melibatkan golongan yang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari luar negara.
Umum sedia maklum bahawa mereka ini merupakan golongan yang boleh dikata sebahagian besar berpelajaran tinggi dan elit. Namun, perilaku dan sahsiah yang ditunjukkan jauh beza dengan kluster tabligh Sri Petaling.
Luahan frontliner jaga kluster ‘kayangan’
Dalam satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna laman sosial telah berkongsi luahan daripada rakannya yang bertugas sebagai frontliner dikenali sebagai Ed Idrus.
Dia ditugaskan untuk menjaga rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari Bali dan Jakarta. Mereka dikehendaki melakukan saringan serta kuarantin diri dalam tempoh yang ditetapkan sebelum pulang ke rumah.
Siap perli2 frontliner
Dalam perkongsian tersebut, Ed Idrus menyatakan bahawa mereka yang dikategorikan sebagai kluster ‘kayangan’ telah turun daripada pesawat dengan pelbagai barangan dan beg-beg besar.
Apabila diminta untuk melakukan penjarakkan diri, mereka seakan memerli arahan frontliner yang bertugas.
Nak bilik depan Tasik Putrajaya
Lebih melucukan ada yang sudah awal-awal meminta ditempatkan di bilik yang berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Tak kurang juga yang memilih hotel untuk didiami sepanjang dikuarantin beserta menu makanan pilihan masing-masing.
Tabligh lebih menyenangkan
Diakhir penulisannya, Ed Idrus menyatakan bahawa menjaga pesakit dari kluster tabligh lebih menyenangkan daripada menguruskan mereka yang tergolong dalam kluster luar negara ini.
Hantar tentera je biar kena tengking
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet seakan jelak dengan kerenah yang ditunjukkan oleh kluster ‘kayangan’ ini.
Mereka juga berasa berang dan meminta agar mereka tidak menyusahkan frontliner kerana wabak ini merupakan pendemik yang harus ditangani dan bukan masanya untuk demand pelbagai kemudahan demi keselesaan sendiri.
Mereka lupa ke rskyat Malaysia benci mereka
Tak payah layan, naik lemak nanti
My friend salah sorang petugas yg kena jaga manusia2 yang baru sampai dari Bali & Jakarta. Banyak cekadak macam baru balik dari kayangan! Puiii! pic.twitter.com/nJql0RLPOn— singa jadian (@dellidrus) April 10, 2020
Sumber : Singa Jadian, Ed Idrus via https://ohmymedia.cc/
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bdngEl
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3a0gn7G
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment