Wednesday 25 March 2020

Pemuda Buat Cabaran Jilat Tandas Kini Dimasukkan Ke Hospital, Positif COVID-19


SEORANG lelaki merakamkan dirinya menjilat mangkuk tandas dalam 'cabaran koronavirus', kini dilaporkan terlantar sakit dihospital kerana dijangkiti virus itu.

Menerusi satu rakaman menggunakan aplikasi TikTok, seorang lelaki dilihat mendekatkan mulutnya di sekitar mangkuk tandas, sebelum menjilatnya.

Menurut Piers Morgan on GMB, lelaki berkenaan sedang menerima rawatan.


"Anda mungkin ingat mereka yang lain, ia juga berlaku di Amerika, sebagai cabaran koronavirus, masuk ke tandas dan menjilat mangkuk tandas.

"Saya fikir ia adalah karma, dia dapat Covid-19," katanya.


Pakar kesihatan mengkritik mereka yang menyahut cabaran itu sebagai satu tindakan amat tidak bertanggungjawab. - Mirror / Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2QN22ou
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WLwXWa
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment