Meskipun ramai yang mula mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, namun masih ada yang berdegil dan tetap mahu keluar meskipun telah diberikan arahan untuk kekal berada di rumah.
Antara alasan yang diberikan ketika pemeriksaan oleh pihak berkuasa adalah seperti 'Siram pokok di pejabat', 'hantar kek', 'beli surat khabar' dan juga 'bungkus makanan tengah hari'.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faizal berkata, ia menunjukkan masih ada individu yang tidak sedar akan bahayanya wabak COVID-19 ini.
“Tiada laporan anggota IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya dimaki dan dicerca setakat ini, namun kami berdepan pelbagai alasan tidak munasabah termasuk mahu siram pokok di pejabat ketika tempoh PKP.
“Malah, ada yang tinggal di Shah Alam memaklumkan ingin beli barangan dapur ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara.
“Ia membuatkan kita terfikir sebilangan kecil masyarakat belum menyedari tahap bahaya wabak COVID-19,”
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.
Sumber: Era.je
from Sehinggit Media https://ift.tt/39q5cVP
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dv1OvR
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment