Sunday 1 March 2020

Esok Sambung Semula, Kes Saya Tak Akan Digugurkan Sama Sekali- Zahid Hamidi


Kuala Lumpur, 2 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyakinkan orang ramai bahawa kes perbicaraan melibatkan dirinya tidak akan digugurkan sama sekali.

Dalam kenyataan rasmi parti berkenaan, beliau menyatakan kes tersebut ditangguh pada 2 Mac sahaja.

“Esok 3 Mac 2020 (Selasa), kes akan disambung semula seperti biasa,

“Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes lain sebelum ini.


“InsyaAllah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes,” katanya.

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” tambahnya mengakhiri kenyataan tersebut.

Sebelum ini, kes perbicaraan beliau ditangguhkan bagi menghadiri mesyuarat pembentukan Kabinet bersama Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sumber: Bernama via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3ah44EA
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IaVqM4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment