Tuesday, 19 May 2020

Rentas Daerah Dalam Negeri Sama Masih Dibenarkan


PUTRAJAYA - Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa pergerakan rentas daerah di dalam negeri yang sama masih dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk pada hari raya.

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berita tular di media sosial semalam yang mendakwa beliau melarang pergerakan tersebut adalah berita palsu kerana tidak disiarkan di media perdana.

Menurutnya, setakat hari ini rentas daerah masih dibenarkan selagi tiada pengumuman baru mengenai perkara tersebut.

“Walau bagaimanapun di bawah Akta 432 Kementerian Kesihatan iaitu Ketua Pengarah Kesihatan boleh membuat perubahan dari segi prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan-peraturan yang kita perkenal dan umumkan.


“Katakan tiba-tiba dia (ketua pengarah kesihatan) kata tidak boleh sebagai contoh, ziarah kubur di hari raya masih dibenarkan dan tiba-tiba Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merasakan tidak boleh, maka dikeluarkan peraturan tidak boleh. Maka tidak bolehlah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian PKPB di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan memberikan peluang kepada mereka yang terkandas di kampung atau bandar untuk merentas negeri dalam tempoh empat hari pada 7 hingga 10 Mei lalu.

Selepas daripada tarikh tersebut, menurutnya, tiada lagi kebenaran rentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia, sebaliknya perlu mendapatkan kebenaran pihak polis.

“Kalau ada isu betul-betul serius, pada tanggapan polis boleh dibenarkan pergerakan tersebut, maka kita terserah pada budi bicara pihak polis.

“Jadi bagi kes-kes tertentu ini, boleh merujuk kepada pihak polis untuk mendapatkan kebenaran, tetapi peraturan dan SOP, tiada lagi rentas negeri dibenarkan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2LGlMY3
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TlP1U0
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment