Tuesday 19 May 2020

Khidmat Gunting Rambut Masih Tidak Dibenarkan Dalam Tempoh PKPB


KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membenarkan perkhidmatan gunting rambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu belum diputuskan walaupun sektor perkhidmatan itu ada membuat permohonan kelonggaran untuk kembali beroperasi.

"Saya tahu menjelang hari raya ini, perkhidmatan gunting rambut ini mendapat permintaan yang tinggi. Namun, sehingga kini kita masih tidak benarkan ia beroperasi," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan beliau ada menerima permohonan daripada persatuan dan pengusaha perkhidmatan gunting rambut yang turut menyatakan komitmen akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, setakat ini mesyuarat khas menteri belum membincangkan perkara itu dan kekal dengan keputusan sebelum ini masih tidak membenarkan ia beroperasi.

Sumber: Berita Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cO0u6s
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WKYmH8
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment