Tuesday, 5 May 2020

Buang Sampah Sambil Berbaju Raya? Gaya Elizabeth Tan Buat Ramai Tak Senang Duduk!


Penyanyi Elizabeth Tan menarik perhatian ramai apabila menggayakan busana baju raya biarpun Ramadan baru memasuki hari keenam.

Namun, apa yang lebih mencuit hati, baju itu dipakai hanya untuk keluar rumah bagi membuang sampah.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy memuat naik rakaman video gelagatnya itu menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.



"Hari ini Lizzy buang sampah version raya pula.

"Macam ni ok tak," katanya sebagai kapsyen.

Sementara itu, menerusi ruang komen rata-rata memuji kecantikan penyanyi tersebut.

Namun, tidak kurang juga yang meminta supaya Lizzy tidak memainkan lagu raya kerana masih terlalu awal. 



Anda boleh lihat antara komen melucukan mereka di bawah.


Sumber: Gempak.com

from Sehinggit Media https://ift.tt/2SEt422
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dlw4sm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment